• 文告01
  • 文告02

非政府组织的联合声明:力挺理性对话之吁求

教总参与由“大马行动方略”(Gabungan Bertindak Malaysia GBM)发起联署签名运动,以支持25位巫裔前高官显要促政府落实与伊斯兰法律相关的辩论与对话。这项签名运动获得95个不同领域和族群的非政府组织的支持,并于12月17日召开新闻发布会。副主席李毅强代表教总出席,联合声明全文如下:

我们,一群马来西亚的非政府组织,全力支持25位关心国事的公民的公开呼吁,要求政府针对伊斯兰法律进行公开讨论。这25位自称为“中庸穆斯林”的人士,包括退休公务员、前法官与前大使。

他们愿意挺身而出,对敏感且重大的国家课题表态,我们表示激赏。历史上常见的是,极端份子能占上风并非获得大多数支持,而是因为大多数人都选择保持沉默。就像为国家努力奋斗的非政府组织一样,这25位资深公民选择对国家现状表达他们的不满。

对于他们认为“咨询程序须汇集不同领域的专家,尤其是伊斯兰法与宪法以及受伊斯兰法律影响者”,我们深表认同。我们认为,同样程序也必须用于其他的立法过程,咨询专家与利益相关者,务求在透明、相互尊重与广泛审议的情况下进行。

他们一针见血指出,保留煽动法令旨在打压异议者。我们对此完全认同。首相不但违反了早前有关废除煽动法令的承诺,而且还宣布将加上两项附加条款强化该法。我们极度关切事态发展。

这25位人士曾经出任重要公职,他们应该对职涯期间公正不阿地执行公务感到自豪。

马来文版本声明~

NGO-NGO MENYERU DIADAKAN PERBINCANGAN RASIONAL, MENYOKONG CADANGAN 25 WARGANEGARA PRIHATIN

Kami, sekumpulan NGO-NGO Malaysia menyokong penuh surat terbuka daripada 25 tokoh yang menggelarkan diri mereka sebagai “sekumpulan warganegara Malaysia yang prihatin”, di mana mereka menggesa kerajaan untuk mengadakan perbincangan terbuka berkaitan undang-undang Islam berhadapan dengan Perlembagaan Persekutuan. 25 individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “golongan Muslim sederhana”, terdiri daripada, antara lain, pesara penjawat awam, bekas hakim dan bekas duta.

Kami memuji tindakan berani tokoh-tokoh ini untuk tampil ke hadapan dan membincangkan secara terbuka isu-isu yang sensitif tetapi penting yang sedang melanda negara kita. Terlalu kerap dalam sejarah, kemenangan puak ekstrimis bukan kerana mereka mendapat sokongan majoriti, tetapi kerana majoriti memilih untuk mendiamkan diri. 25 warganegara senior ini telah memilih untuk tidak pasif dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keadaan semasa negara.

Kami berkongsi sentimen mereka bahawa “perlunya proses perundingan yang boleh menghimpunkan pakar-pakar dari pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan Perlembagaan, serta mereka yang terkesan secara negatif dari pelaksanaan undang-undang Islam”. Kami ingin menambah bahawa proses yang sama yakni untuk mendapatkan pendapat pakar dan pihak berkepentingan juga harus digunakan dalam proses penggubalan undang-undang lain. Ini perlu dijalankan dalam suasana yang telus, menggunakan amalan terbaik, saling hormat-menghormati, dan perundingan yang meluas.

Surat tersebut memberi amaran bahawa “penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai ancaman untuk mengunci mulut mereka yang berbeza pendapat”. Kami amat bersetuju dengan kenyataan ini. Perdana Menteri telah memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan dan telah mengumumkan yang Akta tersebut akan diperkukuhkan dengan dua peruntukan tambahan. Kami amat bimbang dengan perkembangan ini.

Individu dalam kumpulan 25 ini yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan patut berbangga yang mereka telah menjalankan tugas mereka dengan adil dan beramanah.

Mereka dalam kumpulan 25 ini adalah warganegara contoh. Kami menyokong mereka dan kami menyeru rakyat Malaysia untuk turut memberi sokongan.

Kami menolak semua bentuk ektrimisme, kata-kata melampau dan keganasan. Dengan semangat keamanan, muhibah dan pembinaan negara bangsa, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam perbincangan mengenai isu-isu penting negara secara sihat, rasional serta beradab dan dengan itu menenggelamkan suara-suara kebencian dan ekstrimisme dalam negara tercinta ini.

签署团体名单