• 文告01
  • 文告02

针对首相马哈迪批评董总为跟政府唱反调的“种族主义者”,我们对于这项指控极度遗憾,在此,要求政治领袖谨言慎行,避免激化矛盾,鼓吹族群对立。

(一)董教总严正声明,我们由始至终秉持维护母语教育,推广多元文化的立场。我们深知我国多元文化之现实,因而提倡认识、尊重与包容各族文化差异,并拒绝任何贬低其他族群之举措。为促进各族群的交流与互动,董总亦成立“多元族群与文化发展委员会”,致力推动各源流学校间的族群交融活动。

(二)董教总并不是唯一反对在国民型学校推行Seni Khat的组织,这是马来半岛、沙巴和砂拉越非穆斯林社群的主流心声。况且,并非所有马来人也同意Seni Khat措施,其中丹斯里拉菲达指Seni Khat不应成为必修,应是选修科目。

(三)教育部官员并未就学习Seni Khat咨询过非马来人社群的意见,如董总、教总、淡米尔基金和五大宗教谘询理事会,因而该措施遭受社会的强烈反对。事实上, Seni Khat早已在伊斯兰教育科目内教授予四年级穆斯林学生,而这些学生一年级开始学习爪夷文字。对于尚未认识爪夷文字的非穆斯林学生而言,在马来文科目学习Seni Khat的理由是什么?此外,其实在小学标准课程内,一至六年级的伊斯兰教育科目的课程与评价标准,已规定教导和学习爪夷文字和书法艺术。因此,政府应把爪夷文字和书法艺术的教导和学习保留在伊斯兰教育科目,而不是把其纳入国民型小学的马来文科目之中。

(四)董教总反对教导Seni Khat,因为它作为宣教工具,是伊斯兰化议程的一部分,而这些疑虑是有根据的。大马伊斯兰宣教基金会(Yadim)主席聂奥玛明确表达其宗教动机,即他支持“政府努力介绍爪夷文字和Seni Khat”,以“提升年轻一代对爪夷文字和阿拉伯文化的认识,以及让他们易于学习和理解古兰经,过后实践之。”此外,推动Seni Khat的宗教动机也清晰地反映在学术著作中,例如在Mohd Bakhir Hj Abdullah博士的《阿拉伯书法在伊斯兰艺术中的贡献:历史研究》。

(五)董教总作为非穆斯林社群,非常理解穆斯林社群对爪夷文字和Seni Khat的热爱。我们支持大马伊斯兰宣教基金会等组织的意愿,即提高穆斯林孩子对爪夷文字的掌握,并建议继续在伊斯兰教育科目内教导Seni Khat。然而,我们反对在马来文科教导Seni Khat,不但令华淡小的非穆斯林家长忧心,也令国小的非穆斯林家长担心。倘若具有宣教目的地强制教导Seni Khat,这就不符合古兰经强调的伊斯兰不强迫的原则。

(六)董教总强调,全力支持马来语作为国家语言,罗马文字为马来语的唯一官方文字。正如根据联邦宪法第152条而制定的国语法令第9条:“国语的书写文字是罗马文字,唯不禁止马来文字的使用,即为人所知的爪夷文字。”

(七)董教总尊重爪夷文是文化遗产,也是打开了解早期马来文作品的重要之匙。董教总也了解和敬重政府及马来社会,在保留爪夷文字上所作出的努力。但是,要非穆斯林社群接受及学习爪夷文字,它必须具有在伊斯兰宗教之外的表达和讨论之社会功能,就像阿拉伯非穆斯林可在中东如巴勒斯坦、黎巴嫩、叙利亚、埃及等国自由使用阿拉伯语文,包括用于基督教。

(八)董教总呼吁马哈迪在Seni Khat课题上听取各方意见,而非直接否定非穆斯林的观点。政府应确保在涉及有关种族、语言、宗教和文化的重要决策前,应该事先和各有关利益团体讨论和会谈。董教总愿意向首相阐释我们的立场,并促请教育部长马智礼在其部门下成立一个包括所有语言和宗教团体在内的咨询组织,以避免出现类似Seni Khat问题的争议再次发生。


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam

Dong Zong dan Jiao Zong berasa amat kesal atas tuduhan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12hb Ogos, malah menafikan dengan tegas label yang dilontarkan ke atas Dong Zong, kononnya Dong Zong yang menolak pengajaran seni khat adalah badan rasis yang menolak segala usaha kerajaan dalam pendidikan.

  1. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa pendirian kami selama ini adalah untuk membangunkan pendidikan bahasa ibunda dan menggalakkan kepelbagaian budaya antara kaum di negara kita. Kami sedar akan realiti kepelbagaian di negara kita, maka kami menggalakkan persefahaman, penghormatan dan keterangkuman terhadap perbezaan budaya antara kaum, dan menolak sebarang tindakan yang merendahkan kaum lain. Untuk menggalakkan interaksi antara kaum, Dong Zong telah menubuhkan jawatankuasa pembangunan kepelbagaian kaum dan budaya yang berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti interaksi bagi para pelajar antara aliran sekolah.

  2. Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni Khat di sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam komuniti non-muslim di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah, bukan semua orang Melayu bersetuju dengan langkah ini. Sebagai contoh, Tan Sri Rafidah Aziz telah menyatakan bahawa seni khat harus dijadikan mata pelajaran elektif dan bukan wajib.

  3. Pengajaran seni khat ditolak lantaran kegagalan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan untuk mengambil pandangan masyarakat bukan Melayu – sama ada Dong Zong, Jiao Zong, Tamil Foundation ataupun MCCBCHST. Hakikatnya, seni khat selama ini diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bermula Tahun 4 untuk murid muslim yang telah mempelajari tulisan Jawi sejak Tahun 1. Apakah rasionalnya untuk mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, sehingga murid bukan muslim yang belum kenal tulisan Jawi pun perlu belajar seni kaligrafinya? Selain itu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 hingga 6 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dan seni khat. Maka, kerajaan seharusnya mengekalkan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dan seni khat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

  4. Bantahan terhadap pengajaran seni khat atas kesangsian bahawa ia sebagai alat dakwah dan sebahagian daripada usaha Islamisasi ada asasnya. Motivasi agama ini dinyatakan jelas oleh, antara lain, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang menyokong “usaha kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dan seni khat” demi “meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.”

    Motivasi agama dalam peluasan tulisan khat juga jelas dapat dihayati dalam tulisan ilmiah seperti “Sumbangan Kaligrafi Arab dalam Kesenian Islam: Suata Kajian Sejarah” oleh Dr Mohd Bakhir Hj Abdullah.

  5. Komuniti non-muslim memahami kecintaan komuniti Muslim terhadap tulisan Jawi dan seni khat yang berteraskan keimanan. Kami menyokong hasrat mulia Yadim dan pihak lain untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi untuk anak-anak Muslim sahaja dan menyaran agar seni khat terus diajar dalam Pendidikan Islam. Mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja membimbangkan ibu bapa bukan muslim di SJKC dan SJKT, tetapi juga ibu bapa bukan muslim di SK. Jika seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah, maka ini tidak menepati prinsip al-Quran yang mengajar bahawa tiada paksaan dalam Islam.

  6. Dong Jiao Zong menegaskan pendirian kami untuk mendukung sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan tulisan Rumi sebagai bentuk tulisan rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan yang berasaskan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi: “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.”

  7. Dong Jiao Zong juga menghargai tulisan Jawi sebagai warisan dan pembuka pintu kepada karya-karya bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi menjadi popular. Dong Jiao Zong mengambil maklum dan menghormati usaha kerajaan dan masyarakat Melayu untuk memelihara tulisan Jawi. Akan tetapi, untuk tulisan diterima dan dipelajari oleh komuniti non-muslim, ia mesti boleh mengungkap makna dan perbincangan di luar bidang Islam, sepertimana bahasa Arab digunakan oleh orang Arab bukan muslim – seperti di Palestine, Lebanon, Syria dan Mesir – untuk semua tujuan tanpa batasan termasuk agama Kristian.

  8. Dong Jiao Zong menyeru YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar pandangan semua pihak dalam polemik seni khat dan tidak menafikan pandangan non-muslim. Kerajaan Pakatan Harapan harus memastikan bahawa keputusan penting yang melibatkan kaum, bahasa, agama dan budaya dibuat hanya selepas libat-urus (engagement) yang merangkumi semua pemegang taruh. Dong Jiao Zong sedia menjelaskan pendirian kami dalam isu ini kepada YAB Perdana Menteri dan menyeru YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil langkah untuk membentuk badan konsultative yang merangkumi semua komuniti bahasa dan agama dalam Kementeriannya agar kontroversi seperti isu seni khat yang dapat dielakkan sebermulanya, tidak berulang di masa depan.