• 文告01
  • 文告02

针对人民公正党主席拿督斯里安华在本月23日文告中表示,各造应就爪夷字课题重新进行对话,以寻求解决方案的言论,董教总特此发表文告如下:

  1. 董教总欢迎人民公正党主席安华对华小和淡小马来文科爪夷字课题的关心,同时认同他的建议,即通过各方面交流对话的方式,妥善地解决争端。

  2. 董教总重申尊重马来语作为国语的地位,从没反对爪夷文字。董教总表明欣然同意华小和淡小现有五年级马来文科以多元的方式,介绍各族文字书法艺术的教学内容模式。

  3. 董教总由始至终都表明这样的立场,即通过理性、宽容的态度和方式,为了维护我国多元共存,以促进国家的繁荣、进步,无论是在12月28日召开华团联席会议之前或之后,都极愿与各方进行沟通及交流,特別是与教育部长马智礼及各民间友族团体进行坦诚、理性的对话,促进各族了解,以寻求妥善解决方案。

  4. 董教总重申华小董事会作为华校保姆,其成员来自广泛的代表,包括家长、校友、赞助人、信托人及官方代表,同时《1996 年教育法令》也明确地赋予华小董事部的管理权力;因此董教总认为在介绍爪夷字单元课题上,董事会必须纳入为决策单位。

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Berkenaan dengan kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR menyeru semua pihak kembali ke ruang dialog untuk berbincang isu tulisan Jawi, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mengeluarkan kenyataan berikut:

  1. Dong Jiao Zong mengalu-alukan keprihatinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR mengenai isu pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SJK. Dong Jiao Zong sependapat dengan cadangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu menyelesaikan isu tulisan Jawi  melalui dialog.

  2. Dong Jiao Zong menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita dan tidak membantah tulisan Jawi. Pada halnya, Dong Jiao Zong bersetuju dengan isi kandungan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 sedia ada yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.

  3. Selama ini, Dong Jiao Zong berpendirian bahawa perbezaan pandangan yang timbul harus diselesaikan melalui perbincangan yang rasional dan semangat toleransi, ini amat penting untuk mempertingkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum, supaya menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara. Maka, Dong Jiao Zong sedia mengadakan perbincangan dengan semua pihak sebelum atau selepas 28 Disember 2019, termasuk Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan pertubuhan-pertubuhan pelbagai kaum untuk bermuzakarah dan menyelesaikan isu tulisan Jawi secara rasional, dan mempertingkatkan persefahaman antara kaum.

  4. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) merupakan komponen yang penting dalam SJKC. Ahli-ahli LPS merangkumi wakil-wakil daripada Kumpulan Penyokong Sekolah, Kumpulan Pemegang Amanah Harta Sekolah, PIBG, bekas murid sekolah dan wakil Menteri Pendidikan. Selain itu, kedudukan dan kuasa LPS bagi pengurusan sekolah termaktub dalam Akta Pendidikan, maka Dong Jiao Zong menegaskan bahawa LPS harus ditetapkan oleh KPM untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.